Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya memberi tempoh sehingga seminggu kepada Pihak berkuasab tempatan (PBT) terbabit sebelum melantik peguam.
“Pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) memberitahu mereka dalam perundingan dengan pihak MBJB.
“Sekiranya dalam tempoh seminggu masalah itu tidak dapat diselesaikan kita akan membantu pengadu melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan Sin Fie apabila MBJB mengambil tindakan membesarkan longkang berhampiran kediamannya.
Bagaimanapun, dia mendakwa masalah timbul berikutan tindakan kontraktor yang dilantik MBJB mengorek longkang menggunakan jentolak menyebabkan tembok pagar rumahnya runtuh selang sehari kemudian.
Dia mendakwa, pihak terbabit lepas tangan dalam masalah tembok pagar berkenaan.
Katanya lagi, selepas insiden itu, dia beberapa kali berulang alik ke MBJB meminta tembok pagar rumahnya dibaik pulih segera, namun selepas lebih lima bulan berlalu masalah itu belun diselesaikan.
Malah katanya lagi, keadaannya menjadi tertekan apabila dia sekeluarga terdedah dengan kes kecurian apabila pernah dimasuki pencuri bulan lepas.
Sehubungan itu, MBJB diminta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang menimpanya.
http://www.nusajayakini.com/2013/02/mbjb-didakwa-lepas-tangan.html
0 comments:
Post a Comment