Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia dilihat sebagai satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu, sosial dan masyarakat.
Ini bermaksud, kedatangan dan era pemerintahan Islam di Andalusia telah melonjakkan tamadun Islam secara keseluruhannya sehingga ada yang menganggap ia lebih hebat dari tamadun Islam di Timur yang berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Para pengkaji membahagikan tahap perkembangan Islam di Andalusia kepada beberapa tahap. Antaranya ada yang membahagikan kepada:
1. Tahap penubuhan dan pembinaan
2. Tahap krisis dan pemberontakan
3. Tahap kegemilangan
4. Tahap kelemahan dan keruntuhan
Manakala dari aspek pemerintahan Islam di Andalusia pula, para pengkaji sejarah membahagikan kepada tahap-tahap berikut:
1. Zaman Pemerintahan Gabenor – Bani Umayyah Damsyik (711 – 756M)
2. Zaman Pemerintahan Bani Umayyah (756 – 1031M)
3. Zaman Pemerintahan Kerajaan Kecil ( hingga 1086M)
4. Zaman Penguasan Kerajaan Afrika Utara (1086 – 1143M)
5. Zaman Pemerintahan Bani Nasr (hingga 1429M)
Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia telah menjadi pemangkin kepada kejayaan Eropah dalam membina tamadun mereka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh para pemerintah Islam telah memberikan impak positif sehingga barat dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.
Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latarbelakang. Ada dikalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna.
Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadun. Antaranya dapat dibuktikan daripada kajian yang menyatakan bahawa:
"after five centuries of Muslim rule during which the Jewish community had been allowed to follow their practices practically unhampered – often with Jews being given high-ranking posts in the administration of the country, and especially after Abdul Rahman I had become the Amir of Andalus in 756 – their numbers had increased considerably."
Daripada gambaran ini, dapat difahami bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya boleh membantu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hasrat pemerintahan. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalusia menguasai dunia dan meniti di bibir umat dalam menghormati ketamadunan yang dibina.
Sedutan dari: http://silverheritage.blogspot.com/2012/11/pemerintahan-islam-di-andalusia.html
0 comments:
Post a Comment