18 Mac 2013
Setelah tidak berjaya untuk memusnahkan reputasi Anwar dengan liwat 2, kini cubaan untuk memfitnahnya lagi oleh mereka yang terdesak.
Dari berita KeadilanDaily dikhabarkan bahawa polis didesak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terlibat penyebaran gambar fitnah lucah melibatkan individu mirip Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, polis tidak boleh berat sebelah membiarkan kes ini tanpa siasatan kerana fitnah tidak akan berhenti setakat itu.
“Pihak polis wajar mengambil tindakan tegas dan serius terhadap mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah ke muka pengadilan, bukan bersikap dwi standard.
“Tindakan undang-undang langkah terbaik dalam kes ini,” kata Fariz pada kenyataan.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Mengutuk keras fitnah itu, Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13 menyifatkan tindakan tersebut bukti terdesaknya Umno mengulangi budaya politik kotor.
Monday, 18 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment