Salam Pengenalan: DR. AHMAD FAIDHI SAIDI

Seorang doktor tetapi buat masa ini berkecimpung sepenuh masa di dalam politik. Parti yang disertai ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dialog bersama profesional

Alhamdulillah dapat bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dialog profesional di Restoran Chia Ping, Skudai pada 23 mac 2013. Sempat memberi ucapan sempena program tersebut.

SELAMAT DATANG KE BLOG PR Pasir Gudang Prihatin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dari saya Dr Ahmad Faidhi Saidi

Jemputan ceramah

di Markaz PAS Permas Jaya

Thursday 28 February 2013

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?


28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

Majlis Parti Keadilan Rakyat cabang Kulai 22/4/12

drahmadfaidhisaidhi's Keadilan Kulaijaya album on Photobucket

Manifesto Pakatan Rakyat mesra anak muda


Harakahdaily,
27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat 10 perkara penting yang ditekankan di dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) adalah bagi tawaran kepada anak muda khasnya dan rakyat amnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini nanti.

“Ianya sudah tentu bagi menjamin peranan dan keperluan anak muda di era perubahan dan keyakinan atas sokongan kepada PR bagi membina Negara yang lebih berprinsipkan keadilan dan berkebajikan,” ujar Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Katanya, antara intipati yang menarik yang boleh dikongsi bersama anak muda adalah jaminan PR untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat khasnya.

Wednesday 27 February 2013

Pengajaran memerintah cara Khalifah Umar Abdul Aziz




Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Pakatan dedah wujud unsur rasuah skandal balak BN Terengganu


(Oleh Arif Juhani)
PETALING JAYA 26 FEB: Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan ada unsur rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan balak di Terengganu semasa di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pendedahan itu oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada sidang media hari ini.

Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat apabila sistem monopoli dihapuskan.

Penawaran ini disebut dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar semalam.
Ia terkandung di bawah paksi kesejahteraan rakyat pada muka surat 23 dokumen manifesto itu.

Sokongan kepada Najib turun 4 peratus – Merdeka Center


KUALA LUMPUR 26 FEB 2013:

Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.

Pakatan: Semua rakyat dijamin peroleh rawatan kesihatan percuma





(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 27 FEB 2013: Memberi kemudahan rawatan kesihatan percuma kepada rakyat antara tawaran baru Pakatan Rakyat yang tidak mampu dilaksana Umno BN.

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal




Harakahdaily,
26 Feb 2013


KOTA BHARU: NGO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.

Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak  kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.

Tuesday 26 February 2013

Ayuh berubah rakyat Pasir Gudang


Suhaizan sifatkan MB Johor 'tertinggal keretapi'




Harakahdaily,
26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa 'orang Melayu Johor takutkan PAS' sebagai ketinggalan keretapi.

Katanya, kenyataan itu mungkin sesuai untuk 20 tahun dahulu kerana waktu itu rakyat Johor didoktrin dengan propaganda jahat media dan pemimpin Umno.

‘Tiap kali PRU tawar geran tapi tak pernah dapat’

25 Feb 2013
BENTONG: “Tinggal di kawasan Menteri Besar tidak ada kelebihannya jika kami hanya layak digelar penumpang seperti pendatang tanpa izin,” keluh warga Abdul Razak Ali, 65, dari Kampung Chemomoi dekat sini.

Menurutnya, beliau telah lebih 40 tahun tinggal di situ dengan mengusahakan lima ekar sawit tetapi oleh kerana tidak mendapat geran hak milik beliau dinafikan sebarang bantuan seperti daripada Risda.

“Saya dah mohon geran tanah lot tapak rumah dan kebun sejak daripada zaman mendiang Tan Sri Chan Siang Sun jadi ahli parlimen Bentong lagi.

“Tiap-tiap kali pilihan raya umum (PRU) ada tawaran untuk diberi geran, dah beberapa kali janji tapi sampai ini tak dapat. Saya percaya tak lama lagi ada yang akan datang tawarkan untuk beri geran. Dah jadi macam umpan untuk undi.

Monday 25 February 2013

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Dr. Dzulkifli Ahmad
25 Feb 2013
SHAH ALAM: 
Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Manifesto PR angkat rakyat keluar dari cengkaman BN



25 Feb 2013
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazandusunbMurut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing menyifatkan manifesto Pakatan Rakyat  yang dilancar hari ini sebagai memenuhi impian rakyat khususnya di Sarawak.

Bercakap ketika mengulas pembentangan tawaran yang dinamakan 'Manifesto Rakyat" di Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, tawaran Pakatan Rakyat apabila menjadi kerajaan ini jelas mengangkat martabat rakyat.

"Manifesto ini mengangkat rakyat dan mengeluarkan rakyat dari cengkaman dan penindasan BN setengah abad," katanya yang keluar dari BN dan menyertai PR pada Julai tahun lalu.

Beliau juga berkata, Manifesto Rakyat sekaligus menjanjikan perubahan kepada Malaysia.

"Manifesto ini akan memberikan perubahan kepada Malaysia dan mewujudkan satu semangat kekitaan dan mewujudkan perasaan 'ini ialah negara kita'," katanya di hadapan 1,500 perwakilan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17010-manifesto-pr-angkat-rakyat-keluar-dari-cengkaman-bn

Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4







25 Feb 2013


SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17014-doa-ikrar-akhiri-konvensyen-pakatan-rakyat

Kehadiran Luar Jangka Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor





2 Disember 2012
Kehadiran Luar Jangka Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor

BATU PAHAT: Lautan rakyat Johor semalam membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa  ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

9 Perkara Bakal Menumbangkan UMNO



GELANG PATAH – Gelombang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) yang semakin hangat terasa bahangnya ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira hampir 100 orang petugas pilihanraya bagi DUN Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah Khamis lalu.

Sunday 24 February 2013

Marah MB, tutup bilik gerakan



PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani
Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

http://www.sinarharian.com.my/politik/marah-mb-tutup-bilik-gerakan-1.124546

Menteri Besar harus bertanggungjawab





PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-kena-tanggung-jika-bn-kalah-di-pasir-gudang-1.124900

Treler PAS disambut hebat di Perak, P.Pinang


Kawasan Perdana Menteri Tiada Air??


Bongkar 2 Masalah Besar Najib!! - Sdr Rafizi


Saturday 23 February 2013

Kepentingan kerajaan yang beramanah dan adil



Ahmad Safuan Bin Zakaria,
22 Feb 2013
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umatnya agar melakukan amanah dalam setiap perkara. Selain itu, ayat ini juga menekankan tentang betapa pentingnya berlaku adil. Secara keseluruhannya ia berkaitan dengan sistem pemerintahan yang mengikut syariat Allah SWT. Dalam pembentukan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, kedua-dua eleman ini cukup-cukup penting dalam memastikan keharmonian dan kedamaian dapat dicapai. Penulisan saya akan berkisarkan tentang dua perkara ini iaitu mengenai Amanah dan Adil.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/seni-budaya/16932-kepentingan-kerajaan-yang-beramanah-dan-adil

Pemerintahan Islam di Andalusia






Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia dilihat sebagai satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu, sosial dan masyarakat.

Friday 22 February 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina untuk kaum cina


MESYUARAT KHAS MPN PKR NEGERI JOHOR 06012013