Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan
nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya
Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah
dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk
Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah
merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk
Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya
amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3.
Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan
pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan
dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh
mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal
hingga tamat perbicaraan.
4.
Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya
sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil
Annas Jusoh.
5.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya
ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri
Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya,
yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang
memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya
tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
7.
Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau.
Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya
lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul
maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada
saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas
kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang
kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan
begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang
sekali.
9.
Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini.
Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat
yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10.
Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur
tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil
keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat
Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang
kejahatan ini.
11.
Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah
ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan
bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar
Allah merestui perjuangan ini.
12.
Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam
Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian.
Wassalam.
Yang
Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
(AZLAN MOHD LAZIM)
0 comments:
Post a Comment