Tuesday, 19 March 2013

Kit Siang tanding kerusi Gelang Patah

19 mac 2013




JOHOR BAHARU 19 MAC: Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang diumumkan bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Ulang tahun ke-47 DAP di sini, malam tadi.

“Saya beri sokongan penuh,” kata Anwar di hadapan kira-kira 20,000 hadirin.
Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Kerusi tersebut disandang calon BN daripada MCA, Tan Ah Eng yang mendapat 33,630 undi mengalahkan calon KEADILAN, Zaliha Mustafa yang memperoleh 24,779 undi dengan majoriti 8,851 undi pada pilihan raya umum lalu.

Kit Siang yang merupakan anak jati Batu Pahat kini berusia 72 tahun dan antara pemimpin politik veteran bakal bertanding bagi penggal ketujuh.
Pada PRU 2008, beliau bertanding di Parlimen Ipoh Timur mendapat 37,364 undi menewaskan calon BN, Liew Mun Hon yang mendapat 15,422 undi dengan majoriti 21,942 undi.

http://www.keadilandaily.com/kit-siang-tanding-kerusi-parlimen-gelang-patah-anwar/

0 comments:

Post a Comment