Sunday, 24 March 2013
10 minit untuk bentang manifesto?
24 Mac 2013
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, menyifatkan tidak masuk akal tempoh 10 minit yang diberi oleh RTM untuk membentang manifesto menjelang PRU 13 ini.
“Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto.
“Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi,” katanya dihubungi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit. Ianya perlu dirakam terdahulu. Sememangnya UMNO dan BN amat tercabar sekali sekarang.
“Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan. Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus untuk radio.
“Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/bentang-manifesto-10-minit-di-rtm-tak-masuk-akal/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment