13 Mac 2013
Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya.
Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang lagi,” katanya.
Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.
Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak rakyat.
Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya ‘pandai membuat janji’ tetapi tidak ditepati.
“Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun,” katanya.
Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini.
Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan jalan yang teruk.
“Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di kawasan tanah dua ekar lebih ini,” katanya.
Sementara itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan.
“Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini,” katanya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17384-tanah-40-tahun-tunggu-janji-bn-akhirnya-pr-tunaikan
0 comments:
Post a Comment