Saturday, 9 March 2013

BN tertekan, Pakatan makin mantap

9 Mac 2013


9 Mac 2013: Suasana politik yang berlaku sekarang disifatkan sebagi memihak kepada PAS, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar)

"Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya menunggu masa untuk menyumbat gol sahaja," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen.


Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar.  Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR, kata Idris lagi.

Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikul oleh Najib dan BN, sedangkan bagi beliau, PR mara  dengan bergaya dan meyakinkan. 

"Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa. 

"Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib," katanya.

Semalam negara  pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul Bukhari yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat.

"Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri. 

"Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu," kata beliau dalam tulisannya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17296-suasana-sekarang-memihak-kepada-pakatan-idris

0 comments:

Post a Comment