19 Mac 2013
Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan Himpunan Tanah Rakyat Negeri Johor kali ketiga, bertempat di Taman Pulai Utama Skudai pada Ahad 17 Mac 2013.
Ramai masyarakat berbilang kaum telah hadir. Himpunan tersebut membicarakan berkaitan isu-isu tertunggak tanah termasuk penempatan semula setinggan, pengambilan balik tanah, permohonan tanah yang tidak/lambat diproses, pemberian tanah oleh BN yang merugikan, tanah rezab Melayu, projek perumahan terbengkalai serta perumahan generasi kedua Felda.
Turut hadir, Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang, Penasihat DAP, Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Hassan Abd Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Anis Afida, Pengerusi NGO Pengerang.
“Sepatutnya isu tanah bukan isu politik. UMNO-BN edar borang permohonan tanah tetapi tidak diberi percuma. Islam menyuruh tanah-tanah dibangunkan untuk tujuan kemajuan dan pembangunan serta hendaklah diurus tadbir dengan amanah dan bertanggungjawab.
“Tetapi ada pemaju ambil 25 000 ekar untuk pembangunan yang memerlukan 6,000 ekar sahaja sedangkan tanah-tanah kerajaan pun sudah mencukupi. Contoh di Felda Cahaya Baru, kerajaan BN janji hendak membayar pampasan berjuta-juta tetapi tidak ditunaikan (tanah dirampas dan dijual oleh kroni)”, tegas Dato' Dr Mahfodz Mohamed.
http://www.nusajayakini.com/2013/03/isu-tanah-bukan-isu-politik.html
Tuesday, 19 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment