Monday, 11 March 2013

Pakatan tidak menentang penguasaan kekayaan orang Melayu

11 Mac 2013



Oleh: Nazar Hashim)

KOMTAR 10 Mac 2013: Pakatan tidak menentang penguasaan kekayaan oleh orang Melayu kerana yang ditentang adalah pembolotan kekayaan dan kronisme, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak menentang kekayaan dimiliki  orang Melayu mahupun golongan lain di negara ini. Apa yang kita tentang ialah pemboloton kekayaan negara secara menindas, melampau dan kronisme yang menjadi amalan pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

“PR tetap mempertahankan keadilan bagi semua rakyat negara ini. Kita tidak mahu kroni Umno, MCA, Gerakan dan MIC yang membolot kekayaan negara dengan melampau dan menidakkan hak orang lain,” katanya.

Demikian dijelaskan oleh Anwar ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, yang diadakan di Komtar, Georgetown semalam.

Beliau berkata, parti dalam Pakatan Rakyat tidak dapat berkuasa sendirian dan memerlukan sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kemenangan.
“Jangan ada ketaksuban, kepartian yang melampau, sombong dengan kekuatan parti serta tidak mempercayai antara satu sama lain.

“Samada di peringkat Parlimen maupun Negeri, kekuatan ini perlu terjalin bagi merealisasikan aspirasi untuk mencapai kemenangan ke Putrajaya.
“Tidak ada jalan mudah, mencapai kemenangan oleh mana-mana parti untuk mengalahkan Umno-BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” tegasnya serius.

http://www.keadilandaily.com/pakatan-tidak-menentang-kekayaan-orang-melayu-anwar/

0 comments:

Post a Comment