Monday, 11 March 2013

Tolong-menolong di dalam Islam




11 Mac 2013

Semua manusia tidak boleh memilih hidup bersendirian di muka bumi ini biarpun Allah telah memberikan faktor-faktor kesenangan dan kecukupan kepadanya. Ini disebabkan, hal itu bertentangan dengan sifat, potensi dan kebiasaan manusia. Seseorang individu perlukan orang lain dan orang lain juga perlukan individu itu, sehingga kehidupan berlaku dalam bentuk yang terbaik. Inilah yang disebut "tolong-menolong" atau “kerjasama”.

Allah SWT memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman supaya saling tolong-menolong dan bekerjasama, dengan syarat mestilah atas dasar kebenaran dan ketakwaan, dan melarang mereka untuk tolong-menolong dan bekerja sama dalam perkara yang haram dan pencabulan.

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam melakukan perbuatan baik, iaitu perkara kebajikan (al-birr), dan menegah mereka daripada tolong-menolong dalam perkara kebatilan, dan melarang mereka bantu-membantu dan bekerjama dalam perkara haram dan dosa.

Ibnu Jarir berkata: Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):

"Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): " Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya". (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):

"Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya".(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi aw lagi (bermaksud):

"Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka". (HR.Tirmidzi).

Antara contoh tolong-menolong dan kerjasama dalam kebenaran dan ketakwaan:

1 - Menggali parit: 

Rasulullah saw terlibat bersama-sama sahabat menggali parit. Menurut al-Barra’ bin ‘Azib ra: “Aku melihat saw mengalihkan tanah parit sampai aku melihat debu saya pada perutnya dan di kebanyakan rambutnya. Lalu aku mendengar nabi mendendangkan syair kepada Ibn Rawaahah  sambil mengalihkan tanah, katanya, saw (bermaksud):

Ya Allah, jika tidak kerana Engkau tentulah kami tidak memperolehi petunjuk, tidak bersedekah dan tidak menunaikan solat.

Lalu Engkau telah turunkan ketenangan kepada kami  dan meneguhkan kaki-kaki kami semasa berhadapan dengan kesulitan.

Sesungguhnya orang-orang yang sombong telah memberontak terhadap kami, dan seandainya mereka ingin mendatangkan fitnah (kesusahan) maka kami tetap tidak akan memperdulikannya”.

Dia berkata: Kemudian baginda menguatkan suaranya hingga akhir.

Rasulullah saw tidak sombong pada teman-temannya, malahan saling tolong-menolong dengan mereka pada saat-saat yang genting dan urusan-urusan yang sukar. Alangkah hebat teladan dari seorang pemimpin!.

2 - Kerjasama dalam membina masjid pertama: 

Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi saw setelah penghijrahan adalah mendirikan Masjid Nabawi, iaitu di tempat yang berkat di mana unta nabi berhenti maka nabi memerintahkan dibangunkan masjid ini, dan membeli tapak itu daripada dua kanak-kanak yatim. Baginda sendiri memberikan sumbangan dalam membinanya. Baginda yang memindahkan susu dan batu sambil mendendangkan syair (bermaksud):

“Ya Allah, tiada kehidupan (yang sempurna) melainkan kehidupan akhirat, justeru ampunilah golongan Ansar dan golongan Muhajirin”.

3 – Tolong-menolong dalam berdakwah:

 "Pembantu Nabi": Nabi Musa as. memohon kepada Tuhannya supaya menjadi saudaranya sebagai pembantu dalam menjalankan tugas dakwah seperti yang dirakamkan dalam Firman Allah swt (bermkasud):

(25.  Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku , 26.  Dan mudahkanlah untukku urusanku, 27.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, 28.  Supaya mereka mengerti perkataanku, 29.  Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, 30.  (yaitu) Harun, saudaraku , 31.  Teguhkanlah dengan dia kekuatanku,(Taha: 32).

4 – Memenuhi keperluan manusia:

Dengarlah kata-kata Khadijah ra untuk suaminya Muhammad saw: "Tidak sekali-kali demikian. Demi Allah, Dia tidak akan menghina anda sama sekali, kerana anda seorang yang menghubungkan silaturrahim, benar dalam pembicaraan, menanggung semua (bebanan) dan mendapatkan keperluan orang yang tiada apa-apa (miskin), dan berusaha menegakkan yang hak ".

Tidakkah anda lihat bahawa membantu orang lain menjadi penyebab terlepas dari kesulitan? Oleh itu, janganlah kedekut membantu saudara-saudara anda kerana pasti Allah akan mengurniakan pahala dari sisiNya kepada anda.

5 - Kerjasama dengan pasangan: 

Adakah anda tidak mendengar tentang Seerah Nabi saw sebagaimana dinyatakan di dalam satu riwayat yang sahih:

"Nabi saw rajin bersama keluarganya, dan ia membersihkan kasut, dan menjahit pakaian, memerah susu kambing, dan menyapu rumah ! ",

Apakah anda tidak melihat kepada Rasulullah saw bagaimana baginda mengumpulkan sampah sarap rumahnya untuk mewujudkan semangat kerjasama keluarga yang menyebabkan sesebuah rumah itu hidup makmur.

Alangkah perlunya umat Islam memperhatikan hadith Nabi ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):

"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)


0 comments:

Post a Comment