Apa yang menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Dari mana dana itu? Dari siapa? Begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Tetapi persoalan yang berlegar-legar di kalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.
Menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90 (combat boat)
"Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas," katanya.
Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17139-peristiwa-lahad-datu-adakah-sandiwara-politik
0 comments:
Post a Comment