Saturday 2 March 2013

Ameerah: Gelombang Epal Hijau Santuni Wanita Muda




SKUDAI – Pelancaran Gelombang Epal Hijau di Gelang Patah telah berjaya diadakan pada pagi sabtu yang lalu. Sekalung tahniah kepada skuad Ameerah kawasan Gelang Patah kerana berjaya mempamerkan wadah gelombang hijau yang penuh dengan warna-warni yang telah ditubuhkan oleh Lajnah Politik Wanita Muda Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pelancaran ini disertai dengan konvoi kenderaan ke beberapa kawasan antaranya di sekitar Hutan Bandar Mutiara Rini dan Pasar Taman Universiti.
Pelancaran gelombang hijau ini dijalankan bertujuan untuk mendekati golongan muda dan seterusnya menyebar luaskan maklumat Agenda Wanita Malaysia yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Program ini menyasarkan seluruh masyarakat khasnya kepada golongan remaja dan wanita muda.

Sepanjang program berlangsung, kelihatan masyarakat sekitar khususnya golongan wanita muda menyambut baik kehadiran skuad Ameerah.

Risalah penerangan berkaitan Agenda Wanita Malaysia dan kalender 2013 telah diedarkan sepanjang pelancaran berlangsung. Buah epal hijau juga turut diagihkan kepada masyarakat sekitar sebagai tanda simbolik kepada semangat hijau orang muda yang ceria, cergas dan segar. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.

Oleh: Ummu Zahra 

http://www.nusajayakini.com/2013/02/ameerah-gelombang-epal-hijau-santuni.html

0 comments:

Post a Comment