Saturday 2 March 2013

Rintihan tidak diendahkan


KULAI - Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.

Mohd Ja’afar bin Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektik. Kini jiran Mohd Ja’afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakkan kambing.

Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Saudara Mohd Ja’afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM 300.00 sebulan berbanding RM 100.00 jika menggunakan bekalan elektrik TNB.

Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Saudara Mohd Tan Chan Bin Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu. Kos sebanyak RM 7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM 2,000.00 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.

http://www.nusajayakini.com/2013/03/kesal-20-tahun-tiada-bekalan-elektrik.html

0 comments:

Post a Comment