Saturday 23 March 2013

Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin tuntutan rakyat

23 Mac 2013


BATU CAVES, 22 MAC: Hasrat penduduk Kampung Nahkoda dan Kampung Melayu Batu Caves Selatan untuk memiliki tanah akhirnya terlaksana dan membuktikan sekali lagi bahawa Kerajaan Selangor prihatin terhadap tuntutan rakyat.

Pemberian ini akhirnya menamatkan penantian hampir 20 penduduk setempat yang selama ini berjuang untuk mendapatkan hak mereka walaupun impian itu berkali-kali tidak ditunaikan oleh Umno-BN.
Muhammad Razali Abdullah dari Kampung Bendahara nyata gembira dengan harga premium RM 1,000 yang dikenakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Alhamdulillah kami akhirnya dapat hak milik tanah yang selama 20 tahun kami tunggu. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid).
“Kita telah lama menunggu tetapi prosesnya kami tidak mendapat apa-apa berita. Dahulunya kami berjuang untuk mendapat harga premium yang rendah tetapi menunggu lama,” katanya apabila ditemui.

0 comments:

Post a Comment