Wednesday 6 March 2013

Media baru boleh beri penjelasan



KUALA LUMPUR 6 Mac 2013: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin  Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini.

Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku.

"Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. 

Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku. 

"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris.

Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17220-lahad-datu-bayangkan-ia-tanpa-kehadiran-media-baru

0 comments:

Post a Comment