Saturday 23 March 2013

AMK lapor polis berkaitan pendedahan Americk

23 Mac 2013


KUALA LUMPUR 22 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis terhadap perdana menteri berhubung arahan agar akuan bersumpah (SD) kedua disediakan bagi pihak penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Ia ekoran pendedahan dibuat peguam Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat tahunan (AGM) Majlis Peguam, baru-baru ini mengatakan SD berkenaan disediakan peguam, Cecil Abraham.

Laporan polis dibuat Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Balai Polis Dang Wangi petang tadi dengan ditemani beberapa pimpinan AMK.
Shamsul yang ditemui selepas itu mendesak polis menyiasat pembabitan Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut.

“Americk menyatakan bahawa Cecil memaklumkan bahawa beliau diarahkan oleh Najib supaya menyediakan SD kedua untuk diikrarkan oleh Bala bagi menafikan kandungan SD pertama,” kata Shamsul.

http://www.keadilandaily.com/pendedahan-americk-amk-lapor-polis-desak-siasat-najib/

0 comments:

Post a Comment