Thursday 21 March 2013

Ayuh tingkat usaha, dijangkakan 9 negeri untuk Pakatan Rakyat

21 Mac 2013



21 Mac 2013

Ayuh jentera Pakatan Rakyat, tingkatkan lagi usaha kita agar dapat mereliasasikan  kenyataan  Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Walaupun berita pembubaran parlimen semalam adalah palsu namun kita tak perlu kecewa dan marah dengan kerenah BN. Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily. 

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya. 

0 comments:

Post a Comment