Friday 22 March 2013

Undi orang muda bakal penentu PRU13




22 Mac 2013


 Pengundi pertama kali dan pengundi muda dijangka akan menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya ke 13 apabila jumlah mereka 24.6 peratus dari semua pengundi. 
Profesor Dr Ridhuan Othman (gambar bawah) pula dalam kajian Pusat kajian Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berkata, 21 peratus pengundi di negara ini belum membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih dalam pilihan raya ini nanti.

Dari 21 peratus itu pula, 53 peratus adalah berbangsa Cina dan 37 peratus Melayu.

Dari segi umur pula, 51 peratus dari mereka adalah berumur 21 - 30 tahun manakala dari segi pendidikan pula, 49 peratus dari mereka adalah pemegang ijazah.

48 peratus dari mereka yang belum membuat keputusan ini adalah pengundi pertama kali, kata Ridhuan yang menjadi penal dalam seminar itu.

Data ini diperolehi berdasarkan kajian UMCEDEL dua bulan lalu (Januari) melalui kajian bersemuka dengan 1,409 respondan, beritahu Ridhuan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17619-kajian-orang-muda-bakal-penentu-pru-13

0 comments:

Post a Comment