Saturday 2 March 2013

Kekayaan Johor tinggal kenangan?


PONTIAN – Kerajaan UMNO-BN didesak untuk memberikan penjelasan di manakah perginya kekayaan hasil mahsul negeri yang banyak agar dinikmati oleh rakyat keseluruhan.

Dahulu, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Johor pernah dikategorikan antara negeri berpendapatan tinggi kerana kaluasan tanahnya melalui hasil balak, perlombongan, kelapa sawit, pasir, kopi, koko, kopra dan buah-buahan tempatan.

Di samping itu, Johor turut menyumbang pendapatan di peringkat pusat melalui kutipan cukai dan perkhidmatan Pelabuhan Pasir Gudang serta aktiviti di Tambak Johor.

Namun ujarnya, rakyat Johor khusus orang Melayu masih berada di tahap rendah.
“Yang kaya raya adalah di kalangan pemimpin dan kroni mereka. Masuklah ke kawasan pendalaman, lihat sendiri dan bandingkan dengan kawasan pendalaman di negeri lain.

“Johor sepatutnya sudah lebih maju ke hadapan berdasarkan kedudukannya di apit oleh Singapura dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kini, dakwa Dr Ungku, ia hanya tinggal kenangan apabila ada pemimpin yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan diagih-agihkan kepada kroni masing-masing.

“Semua nya tinggal kenangan dek pemimpin rakus Muhyiddin antara pemimpin UMNO Johor yang membawa masuk Syed Bukhari bagi meratah harta pusaka untuk di faraid di kalangan merdpufeka .

http://www.nusajayakini.com/2013/02/ke-mana-perginya-kekayaan-johor-selama.html

0 comments:

Post a Comment