Sunday 17 March 2013

Virus korupsi


17 Mac 2013



Penyakit yang merosakkan kehidupan sosial di zaman moden sekarang ialah korupsi atau bencana rasuah. Apakah korupsi itu? Adakah ia virus yang menular dalam masyarakat dan merosak kehidupan manusia itu? Mengapakah ia disamakan dengan virus.

Virus adalah organisma yang sangat kecil yang boleh membawa penyakit dari sekecil-kecil penyakit hingga lah ke penyakit yang amat merbahaya seperti AIDS dan boleh dijangkiti kepada orang lain. 

Sememangnya bencana rasuah ini boleh berpindah dan berjangkit kepada orang lain. Jika orang atasan sesebuah syarikat mengamalkan rasuah, tidak mustahil orang bawahan juga boleh terlibat sama. Akibat dari rasuah ini boleh membawa kepada natijah buruk yang kecil hinggalah kepada natijah yang besar. Sama seperti virus  yang disebutkan tadi. Bukan sahaja ia membawa padah kepada seseorang yang mengambil atau memberi rasuah malah ia juga membawa kesan buruk yang besar pada masyarakat kita. Bayangkan jika wang negara disalahgunakan bukan seorang individu sahaja yang menderita tetapi seluruh masyarakat akan mendapat kesannya. Sebahagian dari masyarakat telah mengambil hak sebahagian yang lain dan ini adalah tidak adil.

Jika perkara ini tidak dibendung, ianya mungkin akan menjadi penyakit yang turun temurun sehingga menjadi budaya sesebuah negara. Dengan ini penyakit atau amalan rasuah mesti dibanteras habis-habisan.

0 comments:

Post a Comment