Wednesday 20 March 2013

Orang Asal Bangkit Tuntut Hak

20 Mac 2013


JOHOR BAHRU – Orang Asal dari Kampung Simpang Arang, dekat sini, bangkit memperjuangkan hak mereka bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam Himpunan Tanah Rakyat kali ke 2.

Difahamkan, tindakan mereka itu dikatakan menuntut tanah yang didakwa hak milik turun temurun itu agar diketahui statusnya dipercayai semakin diancam dengan pembangunan Wilayah Iskandar, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

“Nasib penduduk asal Kg. Simpang Arang, Gelang Patah, hingga kini tanah yang di diami turun temurun tidak di ketahui statusnya, malahan pembangunan di Wilayah Iskandar sedang menghimpit mereka.

“Pelbagai usaha dilakukan namun tiada dipeduli. Kini telah bangkit memperjuangkan nasib masyarakat mereka bersama Pakatan Rakyat Johor,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Ibn bacoks semalam iaitu Pakatan Pembangkang, khasnya PAS negeri menyatakan hasrat akan menganjurkan Himpunan Tanah kali ketiga di Pusat Pentadbiran negeri Nusajaya sekiranya diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri ini.

Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dilaporkan berkata Himpunan Tanah kali pertama diadakan di Plaza Angsana tahun lepas merupakan susulan kepada himpunan tanah yang dianjurkan di Skudai semalam.

http://www.nusajayakini.com/2013/03/orang-asal-bangkit-tuntut-hak.html

0 comments:

Post a Comment