Saturday 23 March 2013

Jaminan Anwar - Peralihan kuasa akan berlaku secara aman


23 Mac 2013

Datuk Seri Anwar telah memberi jaminan bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan lancar apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) memihak kepada Pakatan Rakyat(PR).
Beliau berkata demikian dalam ceramah beliau di Bandar Tasik Puteri sempena ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini.

Beliau juga menegaskan hal itu bersandarkan keyakinan yang diberikan daripada empat mantan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua mantan kepimpinan tertinggi polis yang menyertai PR.

“Tanggungjawab bekas Jeneral ini dan anggota kanan polis ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 ini dan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan tenteram, Insya Allah.

“Tanggungjawab saudara-saudara semua adalah untuk mempertahankan kemenangan di Selangor dan saya ucap terima kasih kerana memberikan kemenangan dalam PRU-12 dan perlu menang lagi khususnya di kawasan DUN Kuang ini,” kata Anwar.

http://www.selangorku.com/?p=24585

0 comments:

Post a Comment