Tuesday 5 March 2013

OKU tidak dilupakan



KUALA LUMPUR 4 Mac 2013: Sekretariat Orang Kelainan Upaya (OKU) Bangkit menyerahkan draf manifesto kumpulan itu kepada Ketua Pembangkang untuk perhatian Pakatan Rakyat.

Draf manifesto yang dinamakan 'Pakatan Harapan OKU' itu turut ditandatangani Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan diperhatikan pengerusi sekretariat, Mohd Faizal Che Yusof.

Dalam forum yang dianjurkan sekretariat tersebut, semalam, golongan tersebut meluahkan harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil-alih kerajaan selepas Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Apa yang diharapkan mereka ialah Pakatan Rakyat bersedia mewujudkan pembangunan OKU secara menyeluruh di negara ini.

Justeru, mereka mengharapkan satu klausa khusus berkaitan pembangunan OKU secara menyeluruh dimuatkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Forum tersebut turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin; Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Mariah Mahmud yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat; dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Sementara itu, Anwar yang hadir di penghujung forum, memberi jaminan bahawa golongan OKU tidak akan terpinggir dari perhatian Pakatan Rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17178-manifesto-pakatan-rakyat-tidak-pinggir-oku

0 comments:

Post a Comment