Saturday 6 April 2013

Sudah terjawab - Anwar umum pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh

6 April 2013

 Depan ribuan rakyat Pulau Pinang termasuk pengundi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, mengumumkan untuk mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh.



Ketua Umum KEADILAN itu memutuskan demikian ketika berucap di Akira Tenggiri, Seberang Jaya, malam ini, sekaligus menamatkan teka teki mengenai kawasan yang bakal ditandinginya.

Pengumuman itu disambut sorakan gamat ribuan rakyat pada ceramah itu.
Petang tadi, beliau membayangkan kemungkinan bertanding di Parlimen Tambun atau meletakkan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai calon.

Sebelum ini, Anwar diuar-uar bertanding di Perak tetapi penyokong setianya di Permatang Pauh memujuknya untuk mempertahan kerusi Permatang Pauh.

Anwar hampir pasti meraih kemenangan berikutan sokongan besar pengundi Permatang Pauh berdasarkan majoriti yang dicapainya sebelum ini iaitu 15 671 undi.

Permatang Pauh memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Seberang Jaya , Penanti dan Permatang Pasir, dua daripadanya kubu kuat dan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12.

http://www.keadilandaily.com/terkini-anwar-umum-pertahan-kerusi-parlimen-permatang-pauh/

0 comments:

Post a Comment