Tuesday 9 April 2013

Manifesto BN tiada roh

9 April 2013


 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Manifesto BN tidak akan mampu membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi.

Paling ketara menurutnya, Manifesto BN langsung tidak mempunyai roh reformasi untuk mengubah kepincangan negara.

“Secara umum, saya tidak yakin Manifesto BN secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit.

“Paling ketara Manifesto BN tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan rakyat.

“Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi BN,” katanya pada kenyataan.

http://www.keadilandaily.com/manifesto-bn-tidak-mampu-tangani-kesempitan-ekonomi-rakyat-anwar/

0 comments:

Post a Comment