Tuesday 2 April 2013

Harga motosikal lebih murah di bawah Pakatan Rakyat

2 April 2013


PETALING JAYA, 1 APRIL : Pelaksanaan cukai eksais sedia ada ke atas semua jenis kenderaan termasuk motosikal akan dikurangkan kepada 20 peratus apabila Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, di bawah pentadbiran Umno-BN sekarang, pemilik motosikal perlu membayar duti eksais sehingga 20 peratus bagi saiz enjin bawah 150cc dan 30 peratus untuk kapasiti enjin melebihi 150cc.

“Ini bermakna bagi motosikal paling murah sekitar RM5,500. Jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

“Lebih membebankan apabila institusi kewangan tidak menawarkan pinjaman untuk membeli motosikal bersaiz enjin rendah kerana ia tidak mempunyai nilai pasaran kedua yang baik.

http://www.keadilandaily.com/harga-motosikal-lebih-murah-di-bawah-pakatan-rakyat/

0 comments:

Post a Comment