Tuesday 2 April 2013

Perlu penjelasan Umno BN berkaitan perjanjian kontrak pertahanan RM4.27 bilion

2 April 2013

 Umno BN digesa menjelaskan perjanjian dengan pelbagai agensi untuk pembelian peralatan pertahanan berjumlah RM4,27 bilion pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa 2013 (Lima’13), di Langkawi, Kedah baru-baru ini.



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, perjanjian tersebut perlu didedahkan kerana ia dibuat selepas tempoh mandat rakyat kepada kerajaan berakhir dan mereka berhak mengetahuinya.

“Umno BN tiada lagi hak membuat keputusan berhubung implikasi kewangan negara kecuali hal pentadbiran harian seperti pemberian gaji kerana tempoh pemerintahan mereka tamat pada 8 Mac 2013,” kata Mahfuz pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat, hari ini.
Tambahnya, walaupun tempoh Parlimen menurut Perlembagaan berakhir pada 30 April ini, namun secara moral politik, tindakan itu salah.

http://www.keadilandaily.com/umno-bn-kena-dedahkan-perjanjian-kontrak-pertahanan-rm4-27-bilion/

0 comments:

Post a Comment