10 April 2013
Salah satu janji utama yang dimuatkan di dalam Manifesto BN adalah untuk mewujudkan sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan dengan sasaran 2 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
Tawaran peluang pekerjaan ini menjadi antara tawaran ekonomi paling utama di dalam Manifesto BN kepada rakyat Malaysia.
Setiap tahun, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerbitkan jumlah pekerjaan keseluruhan dan guna tenaga buruh rasmi di dalam negara kita. Angka ini adalah tepat untuk menganggarkan jumlah pekerjaan baru yang dihasilkan setiap tahun.
Perangkaan Unit Perancang Ekonomi[1] menunjukkan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja setiap tahun sejak Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, seperti berikut:
Untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto BN, ini bermakna Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata, iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada.
Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak Barisan Nasional untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Di dalam Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk mewujudkan tambahan 1 juta peluang pekerjaan baru dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan pekerja asing dan melatih pelajar lepasan SPM, bagi mengelakkan pengangguran di kalangan mereka.
http://www.keadilandaily.com/janji-3-3-juta-peluang-kerja-dalam-manifesto-bn-tak-realistik/
Wednesday, 10 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment