10 April 2013
Bagi menambah kekuatan untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum 5 Mei nanti, KEADILAN mempertaruh calon berkelayakan dan berwibawa di Parlimen Labuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.
Pada kenyataan, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua calon itu dikenal pasti akan membawa kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.
“KEADILAN mempertahankan peluangnya untuk bertanding di kerusi DUN Johor Jaya kerana calon yang bakal ditampilkan adalah lebih berwibawa, berkelayakan, berpengalaman dan berpeluang tinggi untuk menewaskan calon BN.
“Beliau seorang peguam pertengahan 30-an yang berkhidmat melalui pusat khidmatnya sendiri di DUN Johor Jaya,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/keadilan-pertaruh-calon-wibawa-di-labuan-dun-johor-jaya-kalahkan-bn/
Wednesday, 10 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment