Saturday 2 March 2013

Pakatan Rakyat mendapat sambutan di Johor


GELANG PATAH 31 Dis 2012 – Pakatan Rakyat negeri Johor sekali lagi berjaya mengadakan Konvoi Jelajah Johor Peringkat Gelang Patah baru-baru ini. Konvoi yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang itu telah berhenti di beberapa buah tempat di sekitar DUN Nusajaya untuk mengedar risalah suara PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara tempat yang menjadi persinggahan konvoi ini adalah bangunan kedai Taman Pulai Indah, Pasar Taman Sri Pulai, Pasar Taman Universiti dan Perumahan Paya Mengkuang. Konvoi ini disertai oleh 50 orang ahli PAS kawasan Gelang Patah dan ahli PKR. 20 buah kereta dan 15 buah motor yang menyertai konvoi ini; masing-masing mengibarkan bendera PAS dan PKR, dikawal ketat oleh Jabatan Amal Malaysia.

"Rakyat Johor hendaklah berani membuat perubahan untuk Johor yang lebih maju dan berkebajikan!" tegas Tuan Hj. Dzulkefly Bin Ahmad, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor di salah satu tempat persinggahan konvoi.

Selain daripada itu, beliau turut membongkar beberapa kes penyelewengan Barisan Nasional terhadap rakyat seperti kes-kes rasuah di peringkat atasan. Turut hadir pada konvoi kali ini, En. Nazri Ismail sebagai Ketua AMK Johor.

Konvoi yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat jelata yang inginkan perubahan. Maklumat yang terus dan telus kepada rakyat diharap menjadi tunggak perubahan Malaysia untuk PRU 13.

http://www.nusajayakini.com/2012/12/berubah-untuk-johor-yang-lebih-maju-dan.html

0 comments:

Post a Comment