Friday 1 March 2013

Warga Pakistan miliki IC terbongkar




SABAH 8 Feb: Seorang lagi pendatang asing yang memiliki kad pengenalan (IC) berstatus warganegara dibongkar oleh sumber bergelar ‘Datuk’ dari Sabah.
Beliau memaklumkan, IC itu beralamat di Kota Kinabalu dan disyaki diperoleh melalui penyelewengan pemberian IC oleh Umno BN.

“Saya dapati pendatang asing berbangsa Pashtun Pakistan itu bukan sahaja memiliki IC tetapi turut memiliki lesen memandu beralamat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Berdasarkan rupa paras dan pertuturan Bahasa Melayu yang tidak betul dan fasih, disyaki dia mendapat IC secara haram,” menurut butiran yang diemel sumber kepada Keadilan Daily.
Maklumat penyelewengan ini terbongkar selepas pendatang asing itu terlibat dalam insiden jalan raya membabitkan ahli keluarga sumber beberapa hari lalu.

http://www.keadilandaily.com/berita-panas-warga-pakistan-miliki-ic-terbongkar/

0 comments:

Post a Comment